|
Ditulis oleh Administrator
|
|
Ahad, 01 November 2009 13:49 |
Sejarah Bahagian Pengurusan Kerajaan telah diwujudkan pada tahun 1982. Aktiviti bahagian ini melibatkan kerja-kerja merancang, melaksana dan menyelaraskan pembinaan dan pengindahan bangunan-bangunan gunasama, rumah-rumah pangsa dan rumah-rumah peranginan Kerajaan Persekutuan. Ia juga memproses borang-borang permohonan untuk membeli dan membina bangunan-bangunan oleh Jabatan Kerajaan. Bahagian ini juga bertanggungjawab memproses semua permohonan dari Kementerian dan Jabatan Kerajaan Persekutuan untuk menyewa ruang pejabat swasta keperluan ruang pejabat di bangunan-bangunan pejabat kerajaan. Selain itu bahagian ini juga bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan rumah-rumah biasa kerajaan, rumah tetamu kerajaan, rumah-rumah persekutuan, rumah peranginan persekutuan di Port Dickson dan Morib serta penyelenggaraan bangunan-bangunan lain seperti Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Istana Negara, Pusat Islam, Masjid Negara serta rumah-rumah kediaman rasmi para menteri.
1957 -Mula ditubuhkan dan dikenali sebagai Governmen Accommodation Office -Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal perumahan/kuarters Kerajaan 1960an -Mula menguruskan Istana Negara dan Kediaman Rasmi Kerajaan 1974 -Ditukar nama kepada Bahagian Pengurusan Bangunan Kerajaan 1996 -Ditukar nama kepada Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) 1999 -Berpindah ke Putrajaya pada 4 Oktober 1999
|
|
Terakhir Dikemaskini pada Rabu, 21 Julai 2010 14:39 |