Khamis 09 Sep 2010
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
  • default style
  • green style
  • red style
Sistem Tempahan Rumah Peranginan
Rumah Peranginan Rumah Peranginan Persekutuan & Rumah Penginapan Persekutuan
Kuarters Bagi Warganegara Malaysia dan berkhidmat dengan Kerajaan Persekutuan.Bagi pegawai yang berkhidmat secara kontrak, kelayakan adalah tertakluk kepada terma dan syarat. (Sila sertakan surat lantikan)
Pengurusan Ruang Pejabat Semua permohonan ruang, sama ada di Bangunan Gunasama atau di premis swasta perlu dikemukakan ke Seksyen Pengurusan Ruang Pejabat, bahagian Pengurusan Hartanah untuk dipertimbangakan.
Dewan & Gelanggang Pembayaran mestilah dibuat dalam masa 3 hari selepas tarikh tempahan dewan/gelanggang . Jika pembayaran tidak dilakukan dalam tempoh tersebut, tempahan akan terbatal dengan sendiri.
You are here: Home Mengenai Kami Perutusan
Perutusan PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Ahad, 01 November 2009 13:52

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabaraktuh dan Salam Sejahtera

Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) merupakan salah satu bahagian yang mula ditubuhkan pada tahun 1957 dan ketika itu ia dikenali sebagai PejabatPerumahan Kerajaan(Government Accommodation Office). Pada akhir tahun 1974, Pejabat ini telah diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Bangunan-bangunan Kerajaan dan telah ditukar kepada Bahagian Pengurusan Hartanah pada tahun 1996. Pejabat ini telah berpindah dan mula beroperasi di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya di Aras 7, Blok B3 pada 4 Oktober 1999.

Peranan utama BPH adalah untuk menyediakan kemudahan kuarters kepada kakitangan Awam Persekutuan di samping menyediakan ruang pejabat yang kondusif. Selain daripada itu juga, BPH menyediakan kemudahan Rumah Penginapan dan Rumah Istirehat untuk Anggota Perkhidmatan Awam sesuai dengan kelayakan kakitangan kerajaan. Ini selaras dengan misi dan objektif Bahagian ini iaitu untuk memberikan perkhidmatan dan menyediakan kemudahan-kemudahan yang terbaik dan unggul bagi memenuhi keperluan perumahaan dan istirehat anggota Perkhidmatan Awam dan ruang pejabat Kementerian dan Jabatan Kerajaan bagi meningkatkan produktiviti dan kecemerlangan perkhidmatan.

Sehubungan dengan itu, diharapkan semoga dengan kewujudan laman ini berupaya dijadikan sebagai salah satu wacana untuk mendapatkan maklumat yang perlu dan mempercepatkan urusan komunikasi. Ini bertepatan dengan harapan Bahagian ini untuk memastikan sistem penyampaian maklumat BPH adalah cepat, tepat dan berkualiti. Akhir kata selamat melayari laman Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH).


Terima kasih.


Hasnol Zam Zam Ahmad
Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Hartanah

Terakhir Dikemaskini pada Rabu, 23 Disember 2009 15:09