|
JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL
Pengenalan Unit Kuarters
UNIT PENGURUSAN KUARTERS
Unit ini ditubuhkan untuk mengagihkan penempatan kepada pegawai dan kakitangan kerajaan yang layak dan sesuai dengan taraf di sekitar KL, PJ, KLIA Sepang, KIK Johor, Labuan dan Putrajaya. Bahagian Pengurusan Hartanah merancang untuk mendirikan kuarters-kuarters di setiap daerah di Semenanjung Malaysia.
Syarat-Syarat Permohonan Kuarters, Pertukaran Kuarters & Nama serta Rayuan Menduduki Kuarters
|
|
1. Syarat-Syarat Permohonan Untuk Menduduki Kuarters (Permohonan Baru)
|
 |
|
2.Syarat-Syarat Permohonan Pertukaran Kuarters (Bagi Penghuni Kuarters Sedia Ada)
|
 |
|
3. Syarat-Syarat Permohonan Pertukaran Nama Penghuni Kuarters (Bagi Penghuni Kuarters Sedia Ada)
|
 |
|
4. Syarat-Syarat Rayuan Mempercepatkan Kelulusan Kuarters (Bagi Pemohon Yang Tidak Mendiami Kaurters)
|
 |
| Pengosongan Kuarters |
|
Pengosongan Kuarters di Putrajaya, Kuala Lumpur dan Petaling Jaya
Penutupan Akaun Utiliti
BPH memohon kerjasama penghuni kuarters yang ingin mengosongkan kuarters untuk menutup akaun-akaun berikut:
i) Tenaga Nasional Berhad (TNB);
ii) Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dan
iii) Gas Malaysia (sekiranya ada)
Bagi kawasan Putrajaya, mulai 25 Jun 2007 (Isnin), penghuni yang ingin mengosongkan kuarters hendaklah menyerahkan Borang Pengesahan Penutupan Akaun yang disediakan oleh TNB kepada kakitangan Unit Penguatkuasa, Bahagian Pengurusan Hartanah semasa pemeriksaan akhir dilakukan ke atas kuarters terbabit.
Bahagian ini tidak akan mengeluarkan Sijil Akuan Keluar Rumah sekiranya penghuni kuarters gagal untuk menutup akaun-akaun seperti yang dinyatakan di atas. Kerjasama penghuni kuarters amat dihargai bagi memastikan penghuni baru tidak mengalami masalah dengan TNB, Syabas dan Gas Malaysia disebabkan terdapatnya tunggakan oleh penghuni terdahulu.
Pemeriksaan Kuarters Penghuni kuarters di Putrajaya yang ingin mengosongkan kuarters adalah diingatkan untuk menetapkan temujanji bersama kakitangan Unit Penguatkuasa, BPH bagi pemeriksaan kuarters sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh pengosongan kuarters. Temujanji bagi pemeriksaan kuarters boleh dibuat dengan menghubungi talian BPH di 03-8880 0000 atau 1-300-88-1414 (Bebas Tol) pada waktu pejabat. Penghuni yang telah mengecat dinding kuarters yang diduduki dengan warna yang lain adalah dikehendaki untuk mengecat semula dinding tersebut kepada warna asal sebelum mengosongkan kuarters. BPH akan mengenakan bayaran untuk mengecat semula dinding tersebut ke warna asal sekiranya didapati telah dicat dengan warna yang lain. Bayaran yang akan dikenakan adalah bergantung kepada keluasan dinding terbabit dan akan dinilai oleh kakitangan yang melakukan pemeriksaan ke atas kuarters tersebut.
Rumah Dalam Kawasan BPH ingin memaklumkan bahawa penghuni kuarters yang mempunyai rumah yang dibeli dengan menggunakan Pinjaman Perumahan Kerajaan dalam kawasan 25 kilometer radius dari Bangunan Perdana Putra (bagi penghuni kuarters di Putrajaya) atau Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur (bagi penghuni kuarters di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya) adalah tidak layak untuk menduduki kuarters.
Sekiranya penghuni kuarters didapati mempunyai rumah dalam kawasan, BPH akan mengeluarkan notis pengosongan dan penghuni boleh dikenakan kadar sewa berganda mulai dari tarikh rumah yang dibeli menggunakan Pinjaman Perumahan Kerajaan boleh diduduki. Penghuni yang masih menghuni kuarters juga akan dikenakan kadar sewa berganda. Bagi kawasan Putrajaya, peraturan ini berkuatkuasa bagi penghuni yang menduduki kuarters mulai 1 Januari 2002.
BPH juga mengalu-alukan maklumat daripada pegawai dan kakitangan awam berkaitan perkara ini bagi membantu BPH menguatkuasakan peraturan ini. Untuk makluman, BPH mendapat kerjasama Bahagian Pinjaman Perumahan, Kementerian Kewangan untuk memeriksa rekod pinjaman penghuni selain melalui pemeriksaan dari kuarters ke kuarters. Sebarang maklumat boleh dikemukakan melalui emel
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya
.
|
|
|
Terakhir Dikemaskini pada Rabu, 04 Ogos 2010 12:57 |