Jumaat 10 Sep 2010
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
  • default style
  • green style
  • red style
Sistem Tempahan Rumah Peranginan
Rumah Peranginan Rumah Peranginan Persekutuan & Rumah Penginapan Persekutuan
Kuarters Bagi Warganegara Malaysia dan berkhidmat dengan Kerajaan Persekutuan.Bagi pegawai yang berkhidmat secara kontrak, kelayakan adalah tertakluk kepada terma dan syarat. (Sila sertakan surat lantikan)
Pengurusan Ruang Pejabat Semua permohonan ruang, sama ada di Bangunan Gunasama atau di premis swasta perlu dikemukakan ke Seksyen Pengurusan Ruang Pejabat, bahagian Pengurusan Hartanah untuk dipertimbangakan.
Dewan & Gelanggang Pembayaran mestilah dibuat dalam masa 3 hari selepas tarikh tempahan dewan/gelanggang . Jika pembayaran tidak dilakukan dalam tempoh tersebut, tempahan akan terbatal dengan sendiri.
You are here: Home Perkhidmatan Pengurusan Kuarters Penguatkuasaan
Penguatkuaasaan PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Ahad, 01 November 2009 17:21
UNIT PENGUATKUASA
BAHAGIAN PENGURUSAN HARTANAH

            Unit Penguatkuasa pada asalnya ditubuhkan secara tidak rasmi oleh Bahagian Pengurusan Hartanah pada tahun 1999 dengan nama Unit Tindakan Khas (UTK) dengan hanya mempunyai 6 orang kakitangan sahaja yang terdiri daripada seorang Penolong Pegawai Tadbir, seorang Ketua Pegawai Tempatan, seorang Ketua Pembantu Tadbir, 2 orang Pegawai Petempatan dan seorang Pembantu Tadbir.

            Penubuhan unit adalah berdasarkan keperluan yang amat mendesak terhadap penguatkuasaan peraturan kuarters dan tanah serta mengendalikan kes-kes dan kutipan tunggakan sewa kuarters. Pada bulan Januari 2002, Jabatan Perkhidmatan Awam telah meluluskan dengan rasminya pengwujudan Unit Penguatkuasaan dengan 20 orang kakitangan yang terdiri daripada seorang Ketua Penolong Setiausaha (M2), seorang Penolong Setiausaha (M3), 2 Penolong Pegawai Tadbir (N32), 2 Penolong Pegawai Tanah (NT22), 12 Penolong Pegawai Tanah (NT17) dan 2 Pembantu Am Rendah (N1). Unit ini dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan penguatkuasaan ke atas kuarters di Putrajaya, Kuala Lumpur, Petaling Jaya, KLIA Sepang, KIK Johor dan Labuan serta menyimpan dan menyelenggara rekod maklumat tanah di bawah kawalan Bahagian Pengurusan Hartanah.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
Terakhir Dikemaskini pada Selasa, 13 Julai 2010 20:15