| Senggara |
|
|
|
| Ditulis oleh Administrator |
| Ahad, 01 November 2009 17:24 |
![]() Senggara merupakan salah satu sub aktiviti di bawah Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri yang diwujudkan semenjak penubuhan awal Bahagian ini. Unit bertanggungjawab merancang, mengurus dan menyelaras fungsi dan skop tugas menyelenggara aset Kerajaan di bawah kawalan BPH terutamanya kemudahan kediaman kakitangan awam (kuarters) dan kemudahan yang berkaitan dengannya. Di samping itu juga membantu Bahagian dalam urusan penyelenggaraan bangunan pejabat kerajaan, Rumah Penginapan & Peranginan Persekutuan dan Kediaman Penjawat Tinggi Kerajaan. Kuarters-kuarters di bawah kawalselia Jabatan Perdana Menteri yang diurus dan disenggara oleh Bahagian Pengurusan Hartanah melalui Unit ini terletak di beberapa lokasi seperti berikut : Kuarters Kakitangan Awam (KKA)
Kompleks Kediaman Kakitangan Awam (KKKA)
ORGANISASI UNIT SENGGARA
Kenggotaan/Perjawatan Keanggotaan Unit terdiri daripada 52 orang pegawai dan kakitangan teknikal dan bukan teknikal. Pegawai dan kakitangan teknikal serta kakitangan mahir dan separuh mahir adalah terdiri daripada penjawat jawatan kader gred professional dan sokongan daripada Jabatan Kerja Raya Malaysia
Bidang Tugas dan Tanggungjawab
PEJABAT CAWANGAN BPH
Sebagai memudahkan dan mempercepat urusan pengurusan dan penyelarasan penyelenggaraan kuarters kan kompleks Kediaman Kakitangan Awam di luar Putrajaya, beberapa pejabat cawangan diwujudkan seperti berikut : PUSAT KHIDMAT PELANGGAN (PKP) SENGGARA Kakitangan yang ditempatkan PKP ini juga akan mengambil tindakan menyelaras urusan pembaikan dengan pihak pemaju di samping melaksanakan kerja-kerja pembaikan kecil yang bukan kerosakan defects serta menyelaras dan mengawalselia kerja pembersihan kawasan dan bangunan oleh kontraktor yang dilantik oleh Bahagian Pengurusan Hartanah.
Perkhidmatan pejabat PKP ini akan ditamatkan apabila pihak JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya menempatkan kontraktor yang dilantik di bawah kontrak penyelenggaraan komprehensif di kawasan tersebut.
PKP Zon 3A, Presint 11, Putrajaya PKP Presint 17, Putrajaya Putrajaya
Kuala Lumpur/Petaling Jaya (termasuk KKKA Jalan Duta & Jalan U-Thant,KL) KKKA KLIA, Nilai, Negeri Sembilan KKKA KIK, Tanjung Kupang, Johor Labuan KATEGORI DAN JENIS KEROSAKAN KUARTERS
Kerosakan-kerosakan yang berlaku di unit-unit kuarters serta kerosakan peralatan/kelengkapan yang disediakan untuk kemudahan penghuni sepertimana diketahui umum adalah dikategorikan seperti berikut :-
FAKTOR PENYUMBANG KE ATAS KEROSAKAN:
|
| Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 10 Jun 2010 11:39 |