Khamis 09 Sep 2010
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
  • default style
  • green style
  • red style
Sistem Tempahan Rumah Peranginan
Rumah Peranginan Rumah Peranginan Persekutuan & Rumah Penginapan Persekutuan
Kuarters Bagi Warganegara Malaysia dan berkhidmat dengan Kerajaan Persekutuan.Bagi pegawai yang berkhidmat secara kontrak, kelayakan adalah tertakluk kepada terma dan syarat. (Sila sertakan surat lantikan)
Pengurusan Ruang Pejabat Semua permohonan ruang, sama ada di Bangunan Gunasama atau di premis swasta perlu dikemukakan ke Seksyen Pengurusan Ruang Pejabat, bahagian Pengurusan Hartanah untuk dipertimbangakan.
Dewan & Gelanggang Pembayaran mestilah dibuat dalam masa 3 hari selepas tarikh tempahan dewan/gelanggang . Jika pembayaran tidak dilakukan dalam tempoh tersebut, tempahan akan terbatal dengan sendiri.
You are here: Home Perkhidmatan Rumah Transit
Info Perkhidmatan PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Selasa, 22 Disember 2009 15:42


1. Pengenalan

Rumah Transit adalah merupakan satu kemudahan tempat menginap sementara yang disediakan oleh Bahagian Pengurusan Hartanah kepada para Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri yang memerlukan kemudahan bagi tujuan-tujuan seperti berikut:

i) penginapan pegawai dan kakitangan yang baru dilantik sementara urusan penempatan dilaksanakan oleh Kementerian/Jabatan;
ii) penginapan pegawai dan kakitangan yang baru dilantik atau ditukarkan sementara mendapat rumah sewa atau kuarters;
iii) penginapan pegawai dan kakitangan yang bertugas di luar kawasan;
iv) penginapan peserta-peserta program anjuran Kementerian/ Jabatan/Agensi Kerajaan;
v) penginapan keluarga pegawai dan kakitangan yang berkunjung ke Putrajaya (bagi pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di Putrajaya); dan
vi) penginapan sementara bagi penghuni kuarters yang mengalami bencana (contoh: kebakaran) yang menyebabkan kuarters tidak dapat diduduki.


Kemudahan Rumah Transit adalah diuruskan oleh Seksyen Pengurusan Rumah Peranginan di Bahagian Pengurusan Hartanah bermula pada 1 Julai 2009. Pada masa kini, terdapat sejumlah 34 unit Rumah Transit yang terdiri daripada dua (2) unit Rumah Teres jenis Semi-D yang terletak di Presint 11, Putrajaya dan selebihnya merupakan Rumah Apartmen 3 bilik terletak di pelbagai lokasi.

altaltaltaltaltalt

2. Cara Memohon
Anggota Perkhidmatan Awam yang ingin menggunakan kemudahan ini perlu menghantar borang Rumah Transit yang boleh dicetak di laman ini atau didapatkan dari pejabat BPH kepada:

 

Seksyen Pengurusan Rumah Peranginan
Bahagian Pengurusan Hartanah
Aras 7, Blok B3Kompleks Jabatan Perdana Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA Faks: 03-88883032


4. Syarat-Syarat Menduduki Rumah Transit
Pegawai/kakitangan awam yang menduduki rumah transit perlu mematuhi syarat-syarat menginap* yang ditetapkan.

5. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kami di talian 03-88800068



 

Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 22 Julai 2010 17:09