Pengosongan / Keluar Kuarters

1.
Soalan :
Apakah yang perlu dilakukan sekiranya seseorang penghuni kuarters ingin keluar/mengosongkan kuarters?


Jawapan:

Sebelum Pengosongan Kuarters Penghuni perlu membuat temujanji melalui telefon selewat-lewatnya satu (1) minggu sebelum tarikh penyerahan kuarters. Walau bagaimana pun kelonggaran diberi kepada kes-kes tertentu serta bergantung kepada kekosongan pada tarikh yang dikehendaki supaya tidak berlaku perselisihan dengan temujanji penghuni yang lain. Penghuni juga bertanggungjawab untuk :

i. menutup semua akaun utiliti seperti TNB, SYABAS, Telekom dan sebagainya.
ii. Memastikan kuarters telah dikosongkan dan berada dalam keadaan bersih.
iii. Memastikan warna cat rumah adalah warna yang asal
iv. Menebang pokok kekal yang ditanam oleh penghuni (terutamanya rumah teres).

Semasa Tarikh Pengosongan Kuarters Penghuni perlu berada di kuarters yang akan diserahkan mengikut tarikh dan masa yang telah dipersetujui. Penghuni dikehendaki :

i. menyerahkan set kunci asal dan pendua.
ii. menyerahkan slip asal pengesahan penutupan akaun TNB & SYABAS.
iii. menyerahkan pelekat asal kenderaan kuarters (jika ada)
iv. menyerahkan salinan slip gaji terkini
v. melengkapkan Sijil Akuan Keluar Rumah yang disediakan.

Penghuni bertanggungjawab menyerahkan Sijil Akuan Keluar Rumah kepada Bahagian Pentadbiran/Kewangan, Kementerian/Jabatan/Agensi penghuni bagi tujuan proses pemberhentian pemotongan Imbuhan Tetap Perumahan serta COLA.

Sekiranya terdapat sebarang pertanya atau urusan sila hubungi :

Unit Naziran dan Kesejahteraan Komuniti Bahagian Pengurusan Hartanah, JPM Aras 4, Blok b3, Kompleks JPM 62502 PUTRAJAYA

Tel : 1-300-88-1414 (Bebas Tol) atau 03-8880 0000 Fax : 03-88880184

*Perhatian :

• Bagi kuarters di KKKA Jalan Duta, KKKA Jalan U-Thant, KLIA dan KIK Tangjung Kupang, proses penyerahan kunci hendaklah dibuat di Pejabat Cawangan Senggara di kawasan masing-masing.
• Bagi kuarters teres/semi-D/banglo (Kelas A-E) di Kuala Lumpur, penyerahan kunci boleh dibuat di Pejabat JKR Wilayah Persekutuan Jalan Chan Sow Lin.
• Bagi kuarters teres (Kelas F-I) di Kuala Lumpur, penyrahan kunci boleh dibuat terus ke BPH.

Kuarters Bujang

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya tinggal di kuarters bujang secara berkongsi dan bercadang untuk mengosongkan kuarters tersebut tetapi akaun utiliti adalah di atas nama saya atau sebaliknya? Pengosongan kuarters untuk kuarters bujang adalah sama seperti pengosongan kuarters biasa cuma terdapat sedikit berbezaan berkaitan bil-bil utiliti seperi berikut :

Penghuni dikehendaki memastikan semua akaun bekalan utiliti di atas nama penghuni yang ingin mengosongkan kuarters ditamatkan dan penghuni bujang yang masih menetap di kuarters terbabit perlu membuka akaun bekalan utiliti menggunakan namanya sendiri dan sekiranya bekalan utiliti atas nama penghuni yang masih menetap dikuarters, penghuni dikehendaki mengemukakan bukti/dokumen (seperti penyata bil yang terkini) yang menyatakan bil-bil utiliti tersebut di atas nama penghuni yang masih menetep tersebut.