Penguatkuasaan

UNIT PENGUATKUASA
BAHAGIAN PENGURUSAN HARTANAH

Unit Penguatkuasa pada asalnya ditubuhkan secara tidak rasmi oleh Bahagian Pengurusan Hartanah pada tahun 1999 dengan nama Unit Tindakan Khas (UTK) dengan hanya mempunyai 6 orang kakitangan sahaja yang terdiri daripada seorang Penolong Pegawai Tadbir, seorang Ketua Pegawai Tempatan, seorang Ketua Pembantu Tadbir, 2 orang Pegawai Petempatan dan seorang Pembantu Tadbir.

Penubuhan unit adalah berdasarkan keperluan yang amat mendesak terhadap penguatkuasaan peraturan kuarters dan tanah serta mengendalikan kes-kes dan kutipan tunggakan sewa kuarters. Pada bulan Januari 2002, Jabatan Perkhidmatan Awam telah meluluskan dengan rasminya pengwujudan Unit Penguatkuasaan dengan 20 orang kakitangan yang terdiri daripada seorang Ketua Penolong Setiausaha (M2), seorang Penolong Setiausaha (M3), 2 Penolong Pegawai Tadbir (N32), 2 Penolong Pegawai Tanah (NT22), 12 Penolong Pegawai Tanah (NT17) dan 2 Pembantu Am Rendah (N1). Unit ini dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan penguatkuasaan ke atas kuarters di Putrajaya, Kuala Lumpur, Petaling Jaya, KLIA Sepang, KIK Johor dan Labuan serta menyimpan dan menyelenggara rekod maklumat tanah di bawah kawalan Bahagian Pengurusan Hartanah.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB